Lama



Lokasi : Masjid Jamek Bandar Seremban.

Keterangan.

Masjid Jamek in adalah masjid yang terawal didirikan di Bandar Seremban. Terletak di jalan bercabang di bahagian Seremban Utara. Ianya juga berhampiran dengan Pasar Besar Seremban.

Masjid ini masih mengekalkan struktur lama binaannya walau pun beberapa siri baik pulih telah dijalankan.

Tersadai.

image

Lokasi : Telok Sengat, Kota Tinggi Johor.

Info : Telok Sengat merupakan sebuah perkampungan nelayan lama. Terletak tidak jauh dari tinggalan tapak sejarah “Kita Johor Lama”. Majority penduduk di sini didiami oleh kaum melayu dan selebihnya kaum cina. Menjadi nelayan adalah punca utama penduduk di sini. Tempat yang agak menarik untuk singgah sebentar sekiranya tidak mengikuti lebuh raya bila pulang dari selatan Johor seperti Desaru. 

The White House

 

 

image

  • Lokasi : Bandar Seremban.

Info.

Bangunan yang dahulu adalah pusat pentadbiran British di Seremban. Pernah dijadikan sebagai Perpustakaan Awam Negeri untuk beberapa lama sebelum berpindah tempat.

Bangunan ini pernah dicadangkan sebagai Pejabat Menteri Besar yang baru namun tidak menjadi relaliti kerana pelbagai masalah terutama ruang meletak kereta yang terhad.

Sekarang bangunan ini kosong…..